JUN 2021

Abg Jo Tinjau PPV Di BCCK


KUCHING, Isnin: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pagi ini berkesempatan untuk meninjau pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin di Borneo Convention Centre Kuching, iaitu sebuah lagi pusat pemberian vaksin yang telah dibuka untuk mempercepatkan proses imunisasi di Sarawak.

Pusat ini yang dikendalikan oleh hospital swasta mempunyai kapasiti memberi vaksin Astra Zeneca kepada sehingga 3,000 orang sehari. Pusat sama juga beroperasi di IKBN Miri.

Setakat ini 30,000 orang telah mendaftar untuk vaksin tersebut dan masih ada ruang untuk 8,500 pemohon. 

Selain itu, menurut SDMC Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pembekalan 1 juta dos vaksin Sinovac ke Sarawak. 

Syarikat logistik berkenaan menjadualkan penghantaran sebanyak 384,000 dos ke Kuching pada 9 Jun. Stok tersebut akan dihantar dengan jalan darat ke Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Mukah secara mingguan.

Sementara itu, sebanyak 89,360 dos akan dihantar melalui udara ke Bahagian Miri dan Limbang, dan Daerah Belaga pada 10 Jun.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi SDMC, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian yang juga penasihat SDMC.

Sumber dari : Sarawakku